Sunday, August 24, 2014

Nikah Khitbah

 Better korang baca sampai habis dulu sebelum nak judge aku ngade2,miang,galok gata gelenya…
    Yeah,dah beberapa bulan dah berlalu since last post aku kalau tak silap bulan Januari haritu,dan dah macam-macam menda dah berlaku…and now aku dah pun menjadi salah seorang daripada student UiTM Seri Iskandar,Perak…aku amik QS(impian aku nak jadi arkitek terpaksa aku semadikan since aku tak pass time interview haritu…huhuhuhu)….inshaa Allah nanti aku akan citerkan menda yang dah berlaku sepanjang beberapa bulan ni…

    Dalam tengah2 assingment melambak2 ni aku sempat lagi tulis pasal menda ni…hehehehehe…dahla sume nak kena submit next week

    Ok,korang pernah dengar tak nikah khitbah?Nikah Khitbah ni dalam BM nye Kawin gantung..Ekceli roommate aku pernah citer pasal menda ni dulu…tapi time tu aku takde la curious mana pun nak tau…tapi pagi tadi aku ada terbaca satu tweet ni yang berbunyi “Nikah gantung dah ramai yang amalkan dan ini dinamakan nikah khitbah.Lebih afdal nikah khitbah daripada couple.Halal,dan tidak berdosa”-Encik Jubah aka @Kfahx
-

    So lepas je aku terbaca tweet tu,aku pun dengan semangatnye pun google la menda ni untuk lebih detail..aku pun bukak la yg iLuvIslam tu…Basically,nikah khitbah ni rukun dia sama je macam kawin biasa tu…kena ada suami,isteri,wali,saksi and akad nikah…

    Tapi yang bezanya dengan kawin biasa ni both pengantin tak duduk satu rumah untuk beberapa tempoh..ye la sebabnya ada yang still belajar,ada yang tak berkemampuan nak sewa/beli rumah and ada gak yang tak sedia lagi dengan komitmen berumahtangga…So,korang(yang laki) takyah risau pasal nafkah since ianya masih lagi tak as long as kehidupan biasa suami isteri belum  berlaku…gitu

     Nikah khitbah ni sah dari segi Islam and undang2 negara….and dalam tempoh tu korang  boleh je nak date ke,study sesame ke,and even terlanjur  pun and isteri tu pregnant,anak tu sah nasabnya since korang suami isteri yang sah..(aku bukan cakap menda lucah la weh)

    Lepas je baca ni aku lagi la bersemangat nak cari pasangan hidup(ok aku memang gatal nak mampus)….ye la sebabnya aku sebelum ni manalah pernah couple…setakat ada crush je…huhuhu

    So andai kata aku kawin gantung,aku boleh je nak datung ke,stadi sesame ke,keluar makan sama2 ke dengan isteri aku tu macam couple yang lain  tanpa rasa berdosa since sumenye dah halal..better nikah khitbah ni dari couple..iye dok?..hehehe


    But till now, I’m still searching for my life partner,yang boleh terima all my curves and all my edges..all my perfect and imperfections…

    Tapi ye la…dalam cari pasangan ni kadang2 kita lalui beberapa situasi ni:

1-Kau suka kat orang tu,tapi orang tu tak suka kau,means dia just anggap kau ni kawan biasa or best friend..aku pernah lalui menda ni.

2-Ada orang suka kat kau,tapi kau pulak tak suka kat dia,means kau anggap dia just kawan biasa or best friend…aku pun pernah lalui menda ni…

3-Kau dan pasangan kau saling mencintai,tapi both family kau  and si dia pulak tak restu…maybe mak kau dulu ex ayah pasangan kau or ayah kau pernah couple ngan mak  pasangan kau..takpun parents kau dengan parents dia bermusuhan..ok aku tak pernah lagi lalui menda ni since aku tak pernah couple…

4-Kau dan pasangan kau saling mencintai,tapi salah seorang daripada family korang(family kau atau family dia) restu,tapi keluarag satu pihak pulak …yang ni pun aku tak pernah lalui…

5-Kau dan pasangan kau saling mencintai and both family kau and si dia restu…yang ni aku nak..hehehehehe…

So setakat ni je la citer dia…walaupun aku still berharap kat seseorang tu,tapi kalau tak berjodoh dengan dia hopefully la one fine day Allah akan pertemukan aku dengan jodoh aku kat sini…and then,sama2 decide for nikah khitbah ni…hehehe


Assalamualaikum….

No comments:

Post a Comment

Orang yang baik yang ikhlas lagi baik hati bercakap