Sunday, June 14, 2015

Aku Yang Menyakiti

Assalamualaikum.

Hm.Bapak lama aku tak update blog puaka ni.Selalunya niat tu dah ada tapi dihambat oleh kemalasan.So saje je aku update ni.Tengah search article untuk assignment tiba2  rasa nak jenguk kakkah  blog ni.

Wow, my last post was on August 2014. Baru sekarang aku nak update.So citer dia aku pun belek2 la post2 lama aku.Takdelah segempak blog2 Kak Meen, Aizat Abd, Akbar Azman, jauh sekali Keknis.
Paling takleh blah post2 aku zaman tok kaduk 2011 dulu. Gedik nak meninggal aku punya bahasa Mostly gaya bahasa aku time tu dipengaruhi oleh perawaasaiataakuadan yang aku baca pun nak muntah mak engko hijau.

Dalam hati aku macam, masha-Allah brother,gedik siaa aku time tu.Ntah ape bende la aku duk memekak merapu time tu. Memang patutlah takde sape pun yang sudi nak lawat blog aku apa tah lagi nak follow aku. Dengan manglish yang ntah pape lagi,

Selama ni bila aku bukak fb, bukak insta bukak twitter, hati jahat aku mudah sangat duk label yang ni budak baru nak up, yang ni budak acah hot,yang ni budak hotstuff fb baru berhijrah ke twitter.And now bila aku bukak balik post2 lama aku,ambik kau.Bukan setempek,bertempek2 atas dahi.Haaa tu la duk kutuk sangat orang.Last sekali sedor kediri yang aku pun pernah mengalami zaman gedik dulu.

So citer dia bukan la nak kata sekarang ni aku dah hot,dah tak awaa saia taa kuad, dah awesome macam barney.But at least aku bersyukur sekurang2 nya aku dah tak macam dulu lagi (ceh poyo betul).

Moral of the story nya kita ni dakyoh la mudah sangat melabel orang tu macam tu, orang ni macam ni sebab mungkin kita juga pernah ada kat tempat diorang,or maybe boleh jadi kita pun jadi macam tu suatu hari nanti.So toksah nak buat loqlaq sangat aih pegi kutuk deme tu.Biar je lah diorang dengan life diorang. Sampai suatu saat nanti diorang pun akan berubah,akan sedar diri.

Tapi kan,post2 aku yang lama tu aku rasa macam malas lah nak delete.Biar jadi pengajaran untuk kalian.Ceh takdelah.Aku malas la nak delete. Buruk2 pun penulisan aku zaman tu sekurang2 nya aku ada cerita zaman tu yang boleh aku dijadikan memori terindah dalam hidupku.Sentimental value dia tinggi kot.Mana lah tau boleh tunjuk kat anak2 aku suatu hari nanti,tu pun kalaulah diorang nak baca post aku yang maha gedik tu.

Okay la.Chow dulu.
Assalamualaikum

Sunday, August 24, 2014

Nikah Khitbah

 Better korang baca sampai habis dulu sebelum nak judge aku ngade2,miang,galok gata gelenya…
    Yeah,dah beberapa bulan dah berlalu since last post aku kalau tak silap bulan Januari haritu,dan dah macam-macam menda dah berlaku…and now aku dah pun menjadi salah seorang daripada student UiTM Seri Iskandar,Perak…aku amik QS(impian aku nak jadi arkitek terpaksa aku semadikan since aku tak pass time interview haritu…huhuhuhu)….inshaa Allah nanti aku akan citerkan menda yang dah berlaku sepanjang beberapa bulan ni…

    Dalam tengah2 assingment melambak2 ni aku sempat lagi tulis pasal menda ni…hehehehehe…dahla sume nak kena submit next week

    Ok,korang pernah dengar tak nikah khitbah?Nikah Khitbah ni dalam BM nye Kawin gantung..Ekceli roommate aku pernah citer pasal menda ni dulu…tapi time tu aku takde la curious mana pun nak tau…tapi pagi tadi aku ada terbaca satu tweet ni yang berbunyi “Nikah gantung dah ramai yang amalkan dan ini dinamakan nikah khitbah.Lebih afdal nikah khitbah daripada couple.Halal,dan tidak berdosa”-Encik Jubah aka @Kfahx
-

    So lepas je aku terbaca tweet tu,aku pun dengan semangatnye pun google la menda ni untuk lebih detail..aku pun bukak la yg iLuvIslam tu…Basically,nikah khitbah ni rukun dia sama je macam kawin biasa tu…kena ada suami,isteri,wali,saksi and akad nikah…

    Tapi yang bezanya dengan kawin biasa ni both pengantin tak duduk satu rumah untuk beberapa tempoh..ye la sebabnya ada yang still belajar,ada yang tak berkemampuan nak sewa/beli rumah and ada gak yang tak sedia lagi dengan komitmen berumahtangga…So,korang(yang laki) takyah risau pasal nafkah since ianya masih lagi tak as long as kehidupan biasa suami isteri belum  berlaku…gitu

     Nikah khitbah ni sah dari segi Islam and undang2 negara….and dalam tempoh tu korang  boleh je nak date ke,study sesame ke,and even terlanjur  pun and isteri tu pregnant,anak tu sah nasabnya since korang suami isteri yang sah..(aku bukan cakap menda lucah la weh)

    Lepas je baca ni aku lagi la bersemangat nak cari pasangan hidup(ok aku memang gatal nak mampus)….ye la sebabnya aku sebelum ni manalah pernah couple…setakat ada crush je…huhuhu

    So andai kata aku kawin gantung,aku boleh je nak datung ke,stadi sesame ke,keluar makan sama2 ke dengan isteri aku tu macam couple yang lain  tanpa rasa berdosa since sumenye dah halal..better nikah khitbah ni dari couple..iye dok?..hehehe


    But till now, I’m still searching for my life partner,yang boleh terima all my curves and all my edges..all my perfect and imperfections…

    Tapi ye la…dalam cari pasangan ni kadang2 kita lalui beberapa situasi ni:

1-Kau suka kat orang tu,tapi orang tu tak suka kau,means dia just anggap kau ni kawan biasa or best friend..aku pernah lalui menda ni.

2-Ada orang suka kat kau,tapi kau pulak tak suka kat dia,means kau anggap dia just kawan biasa or best friend…aku pun pernah lalui menda ni…

3-Kau dan pasangan kau saling mencintai,tapi both family kau  and si dia pulak tak restu…maybe mak kau dulu ex ayah pasangan kau or ayah kau pernah couple ngan mak  pasangan kau..takpun parents kau dengan parents dia bermusuhan..ok aku tak pernah lagi lalui menda ni since aku tak pernah couple…

4-Kau dan pasangan kau saling mencintai,tapi salah seorang daripada family korang(family kau atau family dia) restu,tapi keluarag satu pihak pulak …yang ni pun aku tak pernah lalui…

5-Kau dan pasangan kau saling mencintai and both family kau and si dia restu…yang ni aku nak..hehehehehe…

So setakat ni je la citer dia…walaupun aku still berharap kat seseorang tu,tapi kalau tak berjodoh dengan dia hopefully la one fine day Allah akan pertemukan aku dengan jodoh aku kat sini…and then,sama2 decide for nikah khitbah ni…hehehe


Assalamualaikum….

Monday, February 10, 2014

Hidupku Kini Kosong

Assalamualaikum...holla readers...

  Sejak kebelakangan nih aku selalu je rasa hidup aku seolah-olah macam hidup tak bererti,rindu,bosan,jiwa kosong,sedih...
Gambar rompak kat google

  Aku selalu je tertanya-tanya,apa yang aku cari sebenarnya dalam hidup ni...

 Aku selalu gak rasa macam aku ni keseorangan,macam terasing kat muka bumi Allah yang maha luas ni walhal mak ngan adik aku selalu je ada...
Gambar yang aku samun kat google
Maybe aku kene travel mana2 kot...tgk keindahan alam ciptaan Allah atau pon buat reunion dengan kawan-kawan aku..maybe hilang skit rindu....
Ok,tu je aku tak tahu nak tulis apa lagi
...assalamualaikum

Friday, January 31, 2014

Jaga hati orang tu satu keperluan ke?

Assalamualaikum…..hai readers…

Setiap manusia kat atas muka bumi Allah ni for sure lah punya perangai yang lain-lain….ada yang jenis backstaber,ada yang baik bagai nak rak,ada yang jahat tahap firaun,ada yang suka sakitkan dan hancurkan hati orang and ada yang TERLALU nak jaga hati orang….

Orang yang jenis terlalu nak jaga hati orang ni bagi aku,dia rela orang buat apa-apa kat dia…sampaikan jadi kuli batak orang pon sanggup,as long as orang lain tu tak terasa hati dengan dia…dia sanggup terluka asalkan orang lain tu bahagia..bak kata Hafiz yang menang AJL baru-baru ni,bahagiamu deritaku…

Aku pon termasuk dalam golongan  tu(bukan nak puji diri sendiri lah!)…Perasaan terlalu nak jaga hati orang ni sebenarnya sangat seksa tau…pedih yang amat perit hingga menusuk kalbu jantungku….

Aku tak sedar bila perasaan ni mula bersarang dalam lubuk hatiku…dulu,zaman tok kaduk bersekolah dulu,kalau kawan-kawan aku suruh aku buat apa-apa,tanpa bantahan aku pon dengan naïf lagi noobnye pon buat lah mende-mende tu…tapi at the same time,jiwaku memberontak…ye la,kalau nak suruh aku tolong diorang,let say tolong diorang stapler handout keje rumah takpe la..aku boleh terima…ni tak,suruh aku buat mende-mende yang diorang sebenarnya boleh buat tapi diorang yang kononya malas tahap puaka..suh aku buat mende yang remeh-temeh..buat aku macam kuli batak dia….and aku tak tahu lah bakpe(kenapa) ku terima,walau sakit hati bak kata repvblik…aku tak tahu kenapa aku ni bodoh sangat buat apa yang diorang suruh..kenapalah aku rela bekkok(bengkek,sakit hati) daripada tak buat mende yang diorang suruh tu….

Kadang-kadang aku rasa dah taknak dah terlalu jaga perasaan diorang…lantak  kau la kau nak sakit hati,nak bengkek sekali pon,ape aku peduli…kalau boleh aku nak je lafazkan kalimah keramat tu..uhuk(sebak,kononye la)..Tapi aku ni mudah sangat cair(macam kena goda) bila diorang suruh aku buat itu buat ini…

 Tak cukup dengan tu kalau ada kawan aku tu duduk kat tempat yang tak best,mula la diorang merayu nak ambik tempat aku….so aku dengan hati yang sepenuhnya tak rela terpaksa le lepaskan tempat tu…aku pon macam..macam,ah nak bagi ke tak?nak bagi ke tak...kalau tak bagi kesian pulak...em...bagi je la.….nak wat macam mana…aku ni kan orang yang baik…hati sesuci minyak masak seri murni….jiwa sebersih vanish…tu la aku amat-amat ‘berbesar hati’nak tolong depa tuh…

“Alah,tak teruk mana pon diorang buli ko,ko je yang melalak tak tentu pasal....yang ko pegi buat tuh sapr suruh",mungkin mende ni yang korang kata bila baca entri ni…tapi ye la,aku memang takleh nak terima apa yang diorang buat tu…buat aku macam kuli batak diorang..sakit tau..forteen kata,di jiwaku sengsara…mentang-mentanglah aku tak berani nak lawan diorang,aku tak berani nak back up diri sendiri…diorang perlakukakn ku sesuka hati diorang je…

Tapi kalau ngan adik aku takpe pulak...peduli apa aku,kau nak kecik hati pon,macam tu la kalau aku ngan adik aku…memang  zalim tahap maut….ngeeee XD

Dengan kawan-kawan,aku tak berani nak pertahankan hak aku sendiri..hak kebebasan bersuara,kononnye…hak untuk mepertahankan hak…”Izzue,kau cakap ape ni? -.-“…

Kalau korang baca entri sebelum-sebelum ni aku ada mention yang aku selalu paranoid kalau nak wat something kat public…takot orang pkir apa pulak…takut orang terasa hati la…huhhhhhhh….

Those korang yang suka perintah orang seenaknya kalian,khususnya golongan yang macam aku,tolonglah…tunjukkanlah skit yang korang tu punye hati nurani…pleaselah,mende yang korang boleh buat sendiri tu korang buatlah..
dakyoh gok suruh orang sokmo(takyah lah selalu nak suruh orang lain buatkan…huh,pening kepala aku nak translate bahasa teganu ke bahasa KL)…rajin-rajinkalah diri anda..diorang(orang yang korang suruh tu) pon manusia gak… ade perasaan gak…jangan mentang-mentang diorang tak berani nak lawan korang,korang buli sesuka hati korang je…..
korang tak berhak nak buat diorang macam korang tu tuan diorang…gane-gane pon(walau camne pon) diorang tu pon manusia gak,kawan korang sendiri gak…se-tak-hensem mana pon diorang,se-tak-bijak  mane pon diorang,se-tak-gojes,se-naif,se-nerd,se-skema,se-geek,se-noob,se-innocent macam mane pon diorang…korang tak patut buat macam tu kat diorang…tolong reti base sket(tolong reti bahasa skit),hargai la skit diorang…
  
Bagi orang yang senasib,seperangai macam aku,tolonglah jangan jaga sangat hati diorang tu…jangan terlalu ikutkan apa yang diorang suruh tu…korang pikir la duatigakali dulu sebelum buat mende tu..if they ask you for your help because the’re really need it,then tolong je la,tapi kalau diorang mintak korang tolong wat something just sebab diorang malas,JANGAN BUAT...jangan bagi peluang sikit pon  kat diorang peralatkan korang sesuka hati je..ingat korang bukannya hamba,bukannya kuli batak diorang…jangan sibuk sangat nak jaga hati diorang tapi hati korang tak terjaga...

  Ok then,stop….puas hati aku..hahahahaha(ketawa jahat lagi zalim lagi kejam)…abis keluar segala ledakan larva sakit hatiku…aku nak tulis entri nip on berkira-kira gak takut orang terasa hati pulak…suka hati korang la kalau korang rasa muak,loya,luga,nak muntah,segala mak nenek korang rasa…aku tak peduli pon..yang penting aku taknak perap lama-lama perasaan ni dalam hati aku…tak pasal-pasal aku jadi pendendam pulak…..

 Kepada yang terasa,aku mintak maaf sangat-sangat  sebab selama ni memang aku tak pernah suka jadi kuli batak korang…pasni korang cari la orang lain yang relakan jiwanya untuk jadi hamba abdi korang…segala salah korang tu aku dah maafkan,walaupun masihku ingat segala yang pernah kita lalui bersama...it's very easy to forgive,but,its really hard to forget...


Ok,assalamualaikum

Monday, January 27, 2014

Celaru

Assalamualaikum and hai readers…

 Lama gila kot tak update blog...pekabar korang?*krik krik krik*ok,stop berangan ada ramai follower

Sometimes dalam hidup ni  mesti ada masa kita rasa sepi…and mende tu la yang aku rasa sekarang ni…since aku zaman persekolahan aku dah habis ni of course la aku banyak duk umah(ye la,nak lepak,aku takde motor..kalau ada pon aku tak reti bawak..lagipon aku mane kenal rumah kengkawan aku)…kalau aku keluar pon just nak pi driving school je…kalau kat umah keje aku main game,tengok tv ngan tido je…so no wonder lah lemak yang gedik tuh suka hinggap di segenap pelosok tubuhku yang semakin berisi kot especially kat pipi(k,aku tak tau aku ni berisi ke aku selim)…huhu
   
Dulu time SPM dah nak sampai kat ending dia,aku semangat gila wat list to-do lepas SPM..tapi tak banyak pon yang aku buat..macam hangat-hangat taik ayam je…keje aku yang masih lagi aku buat sapa lening(sampai sekarang) tiga mende tuh je,main lappy,tengok tv,tidor…semakin lama aku rasa bo bo bo bo bosan..aku bosan dengan blab la bla bla aku tak tau nak buat apa sekarang ni…nak kerja pon kena tunggu aku dapat lessen dulu baru tak serabut dengan driving class..pelan-pelan aku rasa sepi..aku rasa rindu ngan sekolah…aku rindu dengan kawan-kawan…aku rindu dengan cikgu…aku rindu nak balik lewat macam dulu..huhu….lately,boleh kata tiap-tiap malam aku mimpi pasal sekolah,pasal kawan-kawan….aku mimpi aku nak gi trip la,aku mimpi kawan-kawan aku tengah bermain ape ntah,aku mimpi kawan aku usik kawan aku yang laki ngan kawan aku yang perempuan la….

Tapi nak kata aku memang nak  sangat masuk sekolah balik tak jugak sebab aku malas nak balik lewat(walaupun aku rindu nak balik lewat,k kalau tak paham senyap)…tapi cenggitu la…aku pon tak paham dengan diri aku…aku tak nak masuk sekolah balik tapi aku rindu ngan sekolah….aku rindu ngan kengkawan...
Gambar raya kelas tahun lepas
  
Time Camping aritu...
Aku just ada satu peluang je lagi untuk jumpa ngan diorang…kot…time nak amek result nanti..rasanya yang tu la kali terakhir kot aku boleh jumpa ngan diorang ramai-ramai…kalau ada jodoh boleh jumpa diorang lagi untuk beberapa tahun akan datang…tapi kalau takde jodoh maknanya sampai mati la aku takkan jumpa diorang lagi..tsk..tsk..tsk…

Time graduate..ala2 konvo gitu,k abaikan muka aku yang mintak penyepak perisa vanila tu

Tak tau la korang paham ke idok apa yang aku tulis ni...Ok tu je la untuk hari ni…Assalamualaikum

Sunday, January 5, 2014

Apa azam aku?Ni dia


Assalamualaikum…hai readers..dah jadi lumrah bile masuk je tahun baru,mesti ada azam baru..memang takde orang tanya pon ape azam aku tapi who cares… aku tetap nak citer gak walaupun dah 5 hari berlalu …so untuk tahun ni aku harap

1-Aku boleh jadi lebih berani
I mean aku harap aku takkan jadi terlalu rendah diri dan kurang keyakinan...this is my biggest problem yang selalu menghantui hidup aku...sebab perasaan randah diri ni jugak la aku selalu rasa aku ni hodoh,tak stylish langsung dengan pakaian aku yang entah pape,aku rasa aku ni nerd,aku rasa macam all eyes were staring at me setiap kali kalau duduk kat tempat yang ada ramai orang..aku selalu je rasa yang semua orang mulut longkang tuh tengah kutuk aku,padahal takde pon..kalau aku nak buat something kat public pon aku takut,takut orang kata apa kat dalam hati diorang…contoh,aku memang susah nak tengok cermin kalau kat public,bimbang nanti orang kata aku ni bajet hensem la itu lah ini la..*memang aku hensem pon,ngee XD*..so sebab tu la aku harap aku boleh jadi lebih berani…biar apa diorang nak kata,lanatak diorang la nak kata apa pun.I’m too tired kena pura-pura untuk puaskan hati orang…hati aku takde pulak diorang susah-susah  nak jaga.....lagipon aku pikir-pikir  nanti bila masuk U for surelah kena wat banyak presentations,and lagi la banyak mata yang memandang…

2-Be matured
Kenapa?aku ni childish sangat ke?Taklah tapi fikiran aku ni masih lagi keanak-anakan macam budak 7 tahun..contoh situasi: kalau ade sorang kawan aku ni tiba2 perangai dia lain gila harini mesti aku ingatkan dia ni dah kena rasuk,alah macam citer Danny Phantom tuh..bukannye kena rasuk macam citer2 melayu tuh..yang tu tak habis2 duk melalak…..malam tadi je pon aku mimpi pasal plankton dalam citer spongebob tuh..childish kan?dah la kawan2 ngan sepupu2 aku yang kejam tu layan aku macam budak umur 7 tahun…ke aku ni kelihatan childish sangat bagi diorang?*wondering*..huh..hampeh -.-
Lagi pon aku dah 18 tahun (unoficially),so kena la berjinak-jinak dengan alam dewasa…lagi dua tahun aku bakal jadi young adult…wee tak sabarnye…lepas study,cari kerje,pastu kawen,pastu ada anak,pastu anak kawen,pastu dapat cucu,pastu tamat berangan…

3-Be Positive
macam yang aku sebut kat nombor 1 tu, aku ni selalu sangat sangka buruk dengan orang…takut diorang tak puas hati dengan aku,takut diorang citer belakang pasal aku..so aku berazam tahun ni supaya aku boleh jadi lebih positive…lagipon bukannya betul pon perasaan aku tuh,I mean betul ke diorang tak puas hati dengan aku,betul ke diorang citer belakang pasal aku…kalau betul pon lantak lah…aku udah capek nak bagi semua orang puas hati dengan aku,kononnye lah..

4-Be more responsible
Yang ni wajib…ye lah nanti nak tempuh alam dewasa,takkan nak maen lepas tangan macam tu je kalau nak buat sesuatu keputusan..takkan nak harapkan mak ayah je yang tolong buat deciscion..

5-Masa dicapati ditepati
Nih jugak  antara masalah besar bagi aku…haku biasanya kalau mandi memang lama dalam 15-30 minit..kalau time sekolah dulu aku kena lah bangun pukul 6 untuk wat preparation...kalau lambat tak pasal-pasal kena bebel..huhu..

6-Be more eco friendly
Satu lagi masalah besar aku,paling besar sebabnye aku ni pendiam masa zaman persekolahan aku,menyebabkan aku tak ramai kawan..maybe bagi sesetengah orang aku ni sombong kot…so harapnye tahun ni aku boleh jadi lebih eco-friendly friendly dengan semua orang,nak2 bila masuk U nanti…aku dah taknak jadi pendiam dah...aku nak jadi banyak mulut macam masa aku darjah 1 dulu…
7-Tukar  stail
Yah,tukar stail aku yang selalu je dengan imej yang same je dari dulu(bagi aku la,tak tau lah  bagi orang lain macam mane,entah2 menyampah sampai nak muntah  kuning) dengan seluar slack yang look sooo childish...nasib baik la aku ada 2 orang ‘perunding fesyen diraja pribadi’-sepupu aku Adi(masih lagi belajar kat UiTM) dengan anak sedara aku  Afiq(dah besar panjang dah pon..muda setahun je dari aku).. sebabnye budak duorang ni lebih up-to-date dalam dunia fesyen nih berbanding dengan aku yang dari dulu mempunyai inertia yang besar…aku nak gak pakai topi,spek hitam,suntik colour block dalam penampilan aku,buat rambut stail quiff/pampadour,etc

Ok,stop membebel..Tu jelah azam aku..akan tetapi,jikalau aku ada yang aku tak boleh wat tahun ni aku simpan je la azam tu dalam draft untuk azam 2015 pulak..susoh mende gok(ape susah)

*Sori takde gambar..thanks sebab sudi membutakan mata anda membaca bebelan aku ini..

p/s:sejak empatlima hari ni aku selalu je usha website Zalora di samping buat homework research pendapat orang tentang jiwaku yang gelora Zalora tu..ada yang postitive punya suapbalik,ada yang negatif...sampai aku sendiri pon rasa was-was nak try shopping situ...tapi in shaa Allah aku dengan degilnya *walaupun berpulun orang kata zalora tu penipu* akan try shopping gak situ..tapi suatu hari nanti,bila aku kaya ada duit nanti..ok Assalamualaikum

Thursday, January 2, 2014

First page of 365

Assalamualaikum...hai readers..dah lama tak update blog ni kan...last aku update pon masa bulan 4 tahun lepas...so aku harap tahun baru ni aku boleh la update2 selalu blog senyak tupah(sunyi sepi) ni sokmo since aku pon baru je habis SPM...ekceli,banyak mende yang aku nak citer  kat korang(bajet banyak follower),tapi wat mase ni bior lah aku citer sikit2 je...

 First page of 365,aku lulus ujian komputer lesen memandu...tak disangka-sangka sebab aku ingatkan result aku mesti terukgiler and mesti kene ulang balik since soalannye boleh tahan gak ah...and alhamdulillah aku just salah 5 je..hehe..

Btw first page of 365 ni jugak aku rase rindu sangat2 dengan ex-classmate aku tahun lepas..dengan deskmate aku si Q,dengan Azwan yang selalu kene bahan ngan kengkawan dan cikgu,ngan cikgu BM yang suka sakat orang,ustazah bahasa Arab dengan nasihat dia and so on...kalau boleh aku harap sangat yang aku boleh masuk semula form 5 untuk tahun ni...dengan classmate yang same..cikgu yang same..suasana haru biru yang same...cuma taknak exam..tu je...and bukan aku sorang je yang rase camni..tadi ade gak aku tertengok tweet kawan aku yang nak msuk sekolah balik...sorang lagi kawan aku ni plak post gambar dia dengan besties dia kat instagram dengan caption yang dia harap sangat yang dia boleh ulang balik kenangan time sekolah dulu...waaaa..sama lah dengan aku...padahal belum cukup sebulan pon lagi aku habis sekolah,dah rasa macam bertahun-tahun tak jumpa,ok,tipu...

So bagi korang yang masih lagi sekolah tu hargailah zaman persekolahan korang tuh...ciptalah seberapa banyak pon kenangan manis yang boleh untuk dikenang beberape puluh tahun akan dari sekarang sebab bile korang habis sekolah nanti barulah nak menyesal bagai  tak buat itu ini dengan besties..snap lah bebanyak mane pon pic,tak kiralah selfie ke,candid ke,curi2 ke,gamba kelas yang skema ke ngan kawan2 ngan cikgu korang sebab nanti bila bawak haluan masing-masing...and for sure korang akan rasa ape yang aku ngan kawan2 aku rasa nanti....

And trust me,lepas korang abis je SPM pelan2 korang akan rasa boring..and korang pon pelan2 akan mula rindu kat cikgu, bff,kawan-kawan,crush,makwe,pakwe,tukang kebun,makcik cleaner,makcik kantin,pak guard,kucing, kat sekolah tu...

So setakat ni je lah citer aku..harap korang boleh terima lah cara penulisan aku yang agak skema and macam orang terengganu yang bajet nak cakap KL sebabnye aku memang orang teranung..harap2 korang pahang ah nape hok aku tulih ea..lagipon aku masih lagi dalam proses renovate cara penulisan aku dalam dunia blogging ni ...ok...Assalamualaikum..